31 Julai 2011

RAMADHAN HAMPIR TIBA!!!

Assalamualaikum kepada Seluruh Umat Islam....
Alhamdulillah,bersyukur kehadrat Allah s.w.t....
Kerana masih diberikan peluang untuk bertemu,
dengan penghulu segala bulan iaitu bulan Ramadhan.
Bulan ramadhan adalah bulan dimana....seluruh umat islam...
dikehendaki berpuasa dan memperbanyakkan amalan dibulan...
yang mulia ini...semoga mendapat keampunan daripada Allah s.w.t....
Sudah tentu kita tahu bahawa syaitan sudah diikat oleh Allah....
tp masih ada lagi yang tertinggal,iaitu hawa nafsu kita...
Jadi jaga lah hawa nafsu kita supaya dapat menjaga diri sepanjang bulan
puasa ini daripada yang tidak sepatutnya berlaku...
Papepun...xde pape nk ckp lagi...
Jadi saya mewakili JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR,
mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak...
kepada selurah warga POLITEKNIK UNGKU OMAR...dan
Seluruh Umat Islam.Kami meminta maaf jika ada melakukan salah
dan silap..yang baik datang daripada Allah, yang kurang baik itu datang
daripada kekhilafan kami sendiri.Kami sudah lame maafkan anda semua.
Solat Terawih jangan lupe ye.Pergi tau.!! hehehe.

*Boleh besarkn gambar utk lihat sepenuhnya 

Sekian Terima Kasih.
Admin.
JPP Unit Multimedia.

SESI DIALOG BERSAMA TPSA DAN JHEP !!!

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Kepada Seluruh warga POLITEKNIK UNGKU OMAR,
Pada Minggu hadapan bersamaan 2 OGOS 2011,
Akan diadakan SESI DIALOG bersama TPSA dan JHEP,
Butiran nya ada di bwh:

Diharapkan pelajar yang  mana mengalami masalah berkaitan apa sahaja isu,
Boleh datang ke Sesi Dialog tersebut, bagi mengutarakan masalah,cadangan
penambahbaikan dan berkenaan.
Sekian Terima Kasih,
Admin.

22 Mac 2011

SEHARI BERSAMA JPP

Perhatian kepada semua warga PUO


1. Jika anda berminat untuk sertai KELAB PENYOKONG PUO dan
     RAKAN JPP,
2. Jika ada sebarang ADUAN dan CADANGAN kepada pihak kami,
3. Jika anda ingin menyumbangkan pakaian terpakai kepada warga emas,
Bolehlah berjumpa dengan kami di :-


Hari : Khamis
Tarikh : 24/3/2011
Masa : 8.00am - 1.30 pm
Tempat : Dataran Premier, Kafeteria Kampus A


Jemputlah hadir. Jumpa anda di sana!!!

KARNIVAL PENGAJIAN TINGGI 2011


Jom sama-sama kita memeriahkan karnival ini.
JPP mengalu-alukan kedatangan anda.

17 Mac 2011

Liga IPT Piala Menteri Pengajian Tinggi


 

ZON TENGAH 1

Tempat : Padang Kampus B, PUO
Hari : Sabtu
Masa : 5.00 petang


                          
PUO  vs  USIM
Tarikh : 19 Mac 2011


               
PUO  vs  PSA
Tarikh : 26 Mac 2011

"Marilah sama-sama kita bersorak untuk pasukan kita"

15 Mac 2011

SOKONGAN LIGA IPT PUO VS USIM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Perhatian kepada Seluruh pelajar Puo....
Jika ade kelapangan masa,mari lah sama-sama...
memberi sokongan terhadap team Bola Sepak Puo dimana akan berlangsung..
Liga IPT:
Perlawanan antara Politeknik Ungku Omar(PUO) vs Universiti Sains Islam Malaysia(USIM)

Bertempat: Padang Kampus B,Puo.
Masa: 5.00 petang.
Tarikh: 19 March 2011.

Dalam masa yang sama,Kami mencari kepada sesiapa yang berminat ,
untuk menyertai KELAB PENYOKONG yang akan ditubuhkan di Puo.

Mari-mari lah,bawak ramai kwn-kwn untuk memberi sokongan,
terhadap team Bola Sepak Puo pada masa perlawanan nnti.

Dari Biro Multimedia & Penerbitan.

8 Mac 2011

Selamat Datang

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam sejahtera. Kami daripada Jawatankuasa Perwakilan Pelajar JPP PUO Sesi 2010/2011 sekarang sedang berusaha untuk mempelbagaikan saluran kepada para pelajar Politeknik Ungku Omar bagi mengajukan segala permasalahan yang berkaitan dengan kebajikan pelajar dan kami mengalu-alukan penglibatan anda untuk menyertai setiap aktiviti yang akan kami jalankan nanti. Kami sentiasa mendengar, meneliti, memahami dan seterusnya akan membawa segala cadangan, saranan, aduan serta kritikan yang membina daripada anda kepada pihak atasan di politeknik ini. Pihak JPP kali ini juga berharap anda menyampaikan segala perkara yang berkaitan dengan sikap yang bertanggungjawab. Kami ingin menasihati anda supaya tidak menjadikan laman blog ini sebagai bahan untuk anda melepaskan geram kepada pihak tertentu di politeknik ini. Walaubagaimanapun pihak kami tidak akan bertanggungjawab kepada mereka yang cuba menyalahgunakan laman ini jika berlaku apa-apa kejadian nanti. Justeru, kerjasama daripada anda amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, salam permisi.
Ikhlas, daripada Yang Di Pertua JPP.