8 Mac 2011

Selamat Datang

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam sejahtera. Kami daripada Jawatankuasa Perwakilan Pelajar JPP PUO Sesi 2010/2011 sekarang sedang berusaha untuk mempelbagaikan saluran kepada para pelajar Politeknik Ungku Omar bagi mengajukan segala permasalahan yang berkaitan dengan kebajikan pelajar dan kami mengalu-alukan penglibatan anda untuk menyertai setiap aktiviti yang akan kami jalankan nanti. Kami sentiasa mendengar, meneliti, memahami dan seterusnya akan membawa segala cadangan, saranan, aduan serta kritikan yang membina daripada anda kepada pihak atasan di politeknik ini. Pihak JPP kali ini juga berharap anda menyampaikan segala perkara yang berkaitan dengan sikap yang bertanggungjawab. Kami ingin menasihati anda supaya tidak menjadikan laman blog ini sebagai bahan untuk anda melepaskan geram kepada pihak tertentu di politeknik ini. Walaubagaimanapun pihak kami tidak akan bertanggungjawab kepada mereka yang cuba menyalahgunakan laman ini jika berlaku apa-apa kejadian nanti. Justeru, kerjasama daripada anda amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, salam permisi.
Ikhlas, daripada Yang Di Pertua JPP.

0 comments:

Catat Ulasan